Monday, June 30, 2008

Kisah Kejayaan (My Leader)

Dilema seorang rakyat bumi 'bertuah', Malaysia............
Last Edited: 22 Ogos 2007

Assalamualaikum, dan Salam sejahtera pada yang bukan beragama Islam,

Nama saya Adi Nor Bin Jaffar, tapi kawan-kawan cuma panggil Eddie. Umur 27 tahun, telah berkahwin dan mempunyai anak seorang berusia 13 bulan setengah. Bekerja sebagai pegawai penyelidik secara kontrak di sebuah agensi kerajaan dengan gaji lingkungan RM2,000 sebulan. (Saya sudah 5 bulan berhenti kerja berkenaan dan kini hanya bekerja sendiri depan komputer di rumah. 24 jam bertemankan anak dan isteri tercinta) Isteri? Suri rumah sepenuh masa. Di halaman ini saya ingin berkongsi. Dilemma saya yang mana mungkin ramai yang sama keadaannya dan sejurus itu saya ingin berkongsikan sesuatu dengan semua.

Bagi sesiapa yang hidup di KL, atau di mana-mana saja bandar di bumi bertuah Malaysia ini, maka anda pasti sayai bahawa hidup berkeluarga di KL dengan gaji RM2,000 sebulan sememangnya satu dilemma ngeri. Mari kita cuba gariskan sedikit perbelanjaan tetap kita:

1. Sewa rumah (Teres setingkat/Flat) katakan RM500.
2. Api (Rumah takde aircond, cuma ada tv, peti sejuk dan seterika, RM80
3. Air (tak basuh kereta kat rumah) RM15
4. Bayar loan PTPTN (kadar minimum) RM180
5. Bil Telepon rumah (Guna untuk call in je) RM50
6. Prepaid Handphone (saya dan isteri, sorang RM50) total RM100
7. Susu anak (DUMEX) 2 tin sebulan RM50
8. Lampin anak & misc katakan dalam RM60 (tak pasti sangat, orang rumah tahu lah)
9. Installment kereta (Gen2) RM678
10. Minyak kereta kita bubuh sehari RM10 so sebulan RM300
11. Makan, letak lah RM300 untuk barang-barang dapur. Tak makan kat luar langsung ni.
12. Belanja lunch kat office (Nasi lauk ikan keli + Teh O ais) RM5.00 X 20 = RM100

Eh!! Dah RM2,413 ni...Banyak lagi belum masuk... nak bayar hutang credit card? Nak bagi mak abah kat kampung? Barang dapur? Rokok? (Orang yg isap rokok akan tahu berapa belanja untuk rokok sebulan!) Arghhh!!! kacau!! Streamyx? Astro? Nak selit celah mana pulak? KFC? McD? Parking ticket? Tol?? Nak pulak time sekarang nih, nak balik kampung pun takut dibuatnya!!

Jadi dek kerana desakan ini, saya cuba mencari sesuatu bagi menjana pendapatan sampingan saya seterusnya menaikkan taraf ekonomi keluarga. Tapi nak buat 2 kerja dalam satu masa (contoh cam awie dalam filem: siang jadi mekanik, malam jadi penyanyi di nite club) dalam filem boleh lah. Ini kita bila dah balik kerja, kalau boleh nak terbaring jer depan TV. Penat!

Jadi saya try join MLM. Macam-macam saya try. Semua tak jalan. Lagi banyak duit habis sebab nak maintain PV dan sebagainya adalah. Isk! Tak boleh jadi. Tapi saya masih yakin yang MLM adalah jalan penyelesaian kepada permasalahan saya. Pada saya dengan sistem rangkaian Multi Level umpama orang si Penoreh Getah, dengan Tokey Estet bezanya. Tapi bagi memastikan saya akan berjaya kali ini, saya telah menggariskan beberapa kriteria untuk memastikan saya akan berjaya, dan senang untuk saya mencapainya.
  • Bisnes itu mesti didaftarkan secara sah di Malaysia dan halal. Ia mesti mempunyai pejabat dan struktur organisasi yang sistematik. (tak nak kena tipu cam piramid skim atau skim cepat kaya, 5 minit ada, 5 minit dah lesap!)

  • Produk yang ditawarkan mestilah satu keperluan harian penduduk Malaysia. Produk tersebut mesti boleh menghasilkan pembelian ulangan berterusan.

  • Produk mesti mampu beli oleh saya dan pelanggan. Tiada gunanya menjual produk mahal yang kita sendiri tidak akan menggunakannya.

  • Bisnes itu mesti berkonsepkan SOHO (Small Office Home office) yang boleh beroperasi dari rumah.

  • Urusniaga perlu mudah dan ringkas.

  • Perhubungan boleh dengan mempergunakan sepenuhnya kemudahan internet melalui Yahoo Messenger, Free SMS thru internet dan email. Mengurangkan kos perhubungan menggunakan telefon terus.
Selepas mengkaji dengan mendalam, saya rasa MyMode menepati paling hampir ciri-ciri bisnes yang saya gariskan. Sebuah perniagaan yang diasaskan oleh Asia Mobile COmmerce Priviledge Sdn. Bhd. yang dipegurusikan oleh Datin Fara H. Dalela berasaskan SMS Prepaid dengan pelan Multilevel Marketing. Produk MESTI BELI oleh hampir 2/3 penduduk Malaysia! Stastistik dari MCMC disebelah menunjukkan bilangan pengguna talian prepaid berjumlah 11.9 juta orang pada tahun 2004. Tahukah anda bilangan pengguna talian prepaid sekarang?! Dianggarkan sudah mencapai 20 juta orang!!

Ternyata tidak pernah saya termimpi untuk memiliki pendapatan bulanan RM12,000 dalam usia 27 tahun. inilah bonus yang saya terima bulan september lepas. Secara tak langsung melegakan ekonomi pada hari raya tahun ni. Boleh bagi mak dengan abah lebih sikit. Duit raya adik-adik pun boleh bagi lebih sikit. Boleh travel rumah sedara mara jauh-jauh tanpa pening kepala pikir pasal minyak dengan tol. Keperluan anak, barang kemas untuk bini, dan dalam masa yang sama, gaji kerja saya tak terusik. (pendapatan bulanan saya kini alhamdulillah telah mencapai RM20,000 sebulan.) Syukur Alhamdulillah..

Ini statement bonus saya pada Mac 2007. Kepada sesiapa yang pernah mengunjungi halaman saya ini semenjak bulan september tahun lalu, ini lah peningkatannya dalam tempoh 5 bulan. Kepada yang sudah menyertai, insyaAllah tidak mustahil anda mendapat pendapatan seperti ini. Kerana saya sama saja seperti anda dan tak punya apa-apa kelebihan pun.
10 Bulan lalu bonus yang saya terima cuma 30sen pada minggu pertama. Dengan hanya penggunaan sendiri dan memperkenalkan MyMode ini kepada rakan-rakan, rangkaian network dibawah kumpulan saya semakin berkembang. Dari 30sen seminggu menjadi RM30 seminggu. Dari Rm30 meningkat jadi RM300 seminggu. Dengan izin Allah, akhirnya sampai ketahap ini.
Alhamdulillah, di bawah saya sekarang dah ada yang dapat pangkat 6StarCM, 5StarCM, 4StarCM, 3StarCM, 2StarCM... beerti pendapatan bulanan mereka sekarang pun tak kurang dari 5, 6 ribu sebulan. Tak sampai pun 6-7 bulan diorang masuk. Yang pangkat CM-Club pun dah dekat 3,4 ratus orang. So at least ada juga income mingguan sampingan antara RM50 - RM200 setiap minggu. Siapa nak bagi? Takkan nak tunggu dapat RM1,000 seminggu baru nak join? At the same time, duduk melangu satu sen pun tak dapat. Adat la dapat dari sikit. Lama-lama meningkatla pendapatan tu. Itulah bezanya orang usaha dengan orang yang duduk saja. Kalau semuanya sama, Maka tak adil lah....
"Kalau saya join Mymode, berapa saya boleh dapat?". Terus terang, saya memang tak boleh jawab soalan ini kerana saya bukan tuhan. Saya cuma boleh kata,
"Tuan, dalam Mymode, ada Agent yang boleh dapat sampai berpuluh ribu sebulan, tetapi ada juga yang masuk, tak buat apa-apa, dan tak dapat apa-apa. Jadi soalan sebenarnya, saya yang patut tanya tuan, tuan join tuan nak dapat pendapatan yang macamana, dan saya boleh tunjukkan jalan bagaimana untuk mencapainya, insya-Allah". Ini kerana kita usahawan. Bukan kita bermain skim cepat kaya. Seperti juga buka kedai makan, bolehkah saya tanya pada peniaga restoran,
"Kalau saya buka kedai makan, berapa saya boleh dapat?". Sedangkan hakikatnya ada juga orang yg buka kedai makan, tak sampai 2 bulan, akhirnya gulung tikar. Tetapi bolehkah kita kata 'Buka kedai makan, tidak bagus?'
Jadi sekiranya tuan-tuan, puan-puan nak cari roll model di dalam Mymode ini, maka lihatlah kepada mereka yang berjaya. Lihat, dan tiru langkahnya. Janganlah lihat yang pada yang gagal. Jika dia gagal, adakah anda juga akan gagal? Jika dari awal mind setting sudah set begini, maka akan jadi susahlah. Sedangkan perniagaan ini amat mudah untuk dilakukan. Tak sampai 5% dari kerja yang dilakukan untuk menjalankan kedai makan, tak sampai 1% modal yang diperlukan untuk membuka kedai pakaian, atau apa saja perbandingan lain. Tetapi saya tak kata, anda join, tidur, dan anda akan dapat duit. Mungkin akan sampai masanya untuk keadaan jadi begitu, tetapi bukan sekarang. Perjalanan kita masih jauh. Jika anda selesa dengan 'Rezeki secupak, biarlah kekal secupak', maka tak perlu anda teruskan membaca email saya ini. STOP!

Ada 3 kategori orang yang berada didalam Mymode. Pilihlah anda nak berada di kategori mana:
1) Paling malas. Saya nak pakai sendiri je.....
Well, mungkin untung anda tidak banyak. Dari pembelian topup RM30, anda mungkin hanya akan dapat 60-80sen. Tetapi lihatlah pada faedah lain yang anda bakal perolehi. Tak perlu start motor pergi kedai nak beli topup... Tak perlu kehulu-kehilir cari kedai yg bukak pukul 12 malam bila time emergency.... dan lagi, selama bertahun-tahun sebelum ini anda membeli topup dikedai, berapa ratus yang anda dapat dari tokey kedai handphone? usahkan ratus... 20sen pun belum tentu. Nak tambah malang lagi, prepaid RM10, pun kena bayar RM10.50.
2) Paling senang. Saya nak menjual....
Margin keuntungan dalam penjualan prepaid topup memang agak kecil. Tapi bandingkan pula kelebihannya berbanding peniaga prepaid kad secara konvensional. Mereka perlukan modal yang besar bagi mengadakan stok untuk setiap jenis prepaid kad. Paling tidak 50 keping maxis RM10, 20 keping maxis RM30, 10 keping Maxis RM60, 50 keping celcom RM10, 30 keping celcom RM20 dan sebagainya. Ini kerana pelanggan minta macam-macam. Ada yg nak beli RM10 je. Ada pula nak beli yang RM50. Untuk ini sahaja modalnya dah dekat RM2000 - RM3000. Belum campur sewa kedai, lesen meniaga, dan masa yang dihabiskan untuk tercongok di depan kedai tersebut. Dalam Mymode, kalau modal RM100, anda jual produk yg boleh dibeli dengan modal tersebut. Dapat cash, rolling je semula. 24jam, kedai bergerak mengikut kemana sahaja kaki anda melangkah. Anda tak perlu cerita panjang lebar tentang produk yang anda jual kerana semua orang dah tahu pasal prepaid. Tak perlu buat produk demo macam MLM lain.
3) Paling menguntungkan. Kembangkan jaringan (networking) disamping guna sendiri/menjual.
Inilah yang saya lakukan. Jika anda buka kedai makan, maksimum boleh dapat dalam sehari katakan RM2000. Itupun jika buka 24jam. Jadi macamana nak jadikan keuntungannya jadi RM4000 sehari? Tambah pekerja? Tambah kerusi? Tambah menu masakan? Caranya adalah dengan membuka lagi satu cawangan dikawasan lain! Bayangkan jika anda mempunyai 100 cawangan kedai makan diseluruh Malaysia, berapa keuntungan yg anda bakal perolehi dalam sehari? Ini merupakan salah satu konsep jaringan perniagaan. Francais. Networking. Multi level Marketing. Ini bila kata kena cari downline, kata sistem itu sistem piramid. Sistem itu perah keringat orang bawah untuk mengayakan orang atas. Itu silap. Jika anda merasakan seperti itu, maka apa pula alasannya anda bekerja dikilang? Bukankah untuk membuatkan tokey kilang lebih kaya? Sedangkan dalam Mymode, pendapatan downline boleh melebihi pendapatan penaja/upline-nya. Adakah anda pernah dengar gaji pekerja kilang lebih tinggi dari tokey kilang? Pernah dengar gaji operator lebih tinggi dari gaji supervisor? Tidak kan? Jadi yang mana satu sebenarnya sistem piramid?